Enhance Your Creativity

Enjoy the world with your imagination power.

Button.

Close it or open it!

Syahadah

There are no god except Allah. And Muhammad s.a.w is our prophet.

Modern Archery

~aiming for perfect~

Emerge with nature

Enjoy the God creation.

Thursday 7 November 2013

Kisah Teladan - Professor dan pendayung sampan


Seorang prof telah menaiki sebuah sampan untuk menyeberang sungai dan dia telah menaiki sebuah sampan dengan seorang lelaki tua…semasa dalam perjalanan ke seberang prof telah bersembang kepada lelaki tua itu :

Prof : ... pakcik tidak penat ke keje macam ni, iye la pakcikkan dah tua?

Pendayung sampan: biasa la encik nak cari makan, lagipun ni aje yang pakcik mampu buat untuk sara hidup pakcik ni, simpanan pun tak ada, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang encik..

                                                                         Photo by Azhar Idrus.


Prof : pakcik tau tak yang pakcik telah rugi 30% dalam hidup pakcik

Pendayung sampan : iye ker encik??tp kenapa pulak??

Prof : iye la… pakcik telah merugikan masa zaman muda pakcik dulu.,sepatutnya pakcik dah mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua pakcik ..tengok sekarang walaupun pakcik telah tua namun terpaksa kerja lagi…urmm….pakcik boleh membaca tak?

Pendayung sampan : pakcik ni sekolah pun tak, nak,mane la reti membaca encik…

Prof : pakcik rugi lagi 20% dalam hidup pakcik sebab tidak pandai membaca…urmm…menulis pakcik pandai??

Pendayung sampan : membaca pun pakcik tak reti inikan lagi menulis..

Prof : lagi 20% pakcik rugi dalam hidup ni sebab pakcik tak reti menulis.

Dengan secara tidak disengajakan sampan yang dinaiki mereka terbalik ditengah2 sungai itu..

Pendayung sampan: encik boleh berenang tak??

Prof : tidak… saya tidak pandai berenang

Pendayung sampan : encik tau tak yang encik telah kerugian 100% dalam hidup encik hanya kerana tidak pandai berenang.

Moral :
*jgn pandang org hina walaupun dia tidak seberapa,kerna setiap makluk mempunyai keistimewaan masing2*
sekian..:)

Sunday 30 June 2013

Penawar darah rendah atau Hipotensi




Banyak sudah blog-blog dan website yang menceritakan perihal hipotensi atau lebih dikenali sebagai darah rendah. Di sini saya cuba menimpulkan semua sumber yang ada dari internet supaya semuanya tersedia di sini dari awal hingga akhir. Kalau ada yang tersilap, sila maklumkan.
^_^!

  Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Tekanan darah juga merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.




Apa yang menyebabkan tekanan darah rendah berlaku?
Beberapa penyebab tekanan darah rendah meliputi :


  1. Faktor usia, aktiviti seharian, perasaan, ubahab, pendarahan infeksi dan lain-lain.
  2. Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. Juga kurang minum air.
  3. Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  4.  Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  5.  Tidak mengamalkan sarapan pagi
  6. Kurang tidur
  7. Berdiri terlalu lama

Apa gejalanya?
Gejala yang harus diperhatikan meliputi :

  • Merasa pening,atau hendak pitam terutamanya ketika posisi badan berubah .
  • Memiliki detak jantung cepat atau tidak teratur.
  • Merasa sakit perut atau muntah.
  • Merasa lebih haus daripada biasanya.
  • Memiliki pandangan kabur.
  • Merasa lemah.
  • Letih pada kebanyakan masa.
  • Menjadi lelah.
  • Setelah dingin, kulit lembab dan dingin.
  • Pernapasan sangat cepat.
  • Jantung berdebar-debar.

Cara menyembuhkan darah rendah

  • Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat dan penyakit hipotensi tidak terjadi.
  • Makan makanan yang mengandungi kadar garam yang mencukupi
  • Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala penyakit hipotensi.
  • Pada wanita dianjurkan untuk memakai stocking yang elastic.
  • Pemberian ubat-ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala penyakit hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktiviti keseharian.
  •  Makan makanan karbohidrat rendah seperti ikan, kerang, kacang buncis dan bayam.

>sumber.  sumber.

Friday 1 February 2013

CARA BUANG VIRUS SHORCUT


Assalamualaikum semua!!

Di sini saya nak kongsikan cara untuk kembalikan folder2, file2 yang hilang disebabkan virus shortcut. Virus ni bagi yang dah kena tahu lah akan kemusnahannya, teruk sekali. Habis semua file yang di simpan selama ini  contohnya di dalam hardisk & pendrive, semuanya jadi shortcut. Pabila tekan je, terus tak boleh buka, box akan keluar kata 'the file doesn't exist' atau lain2 larh..Biasanya kes ini terjadi kepada pengguna OS Windows.
Tak payah cite panjang2, nah amik nih..caranya;

Cara #1:
>gunakan software Smadav, untuk cari virus dan pulihkan apa yang sepatutnya. Tapi, ada kelemahannya kerana virus shortcut ni bukan satu jenis je, tp banyak! Jadinya, ada yang dapat dikesan, dan ada yang tak dapat dikesan. Manakala, kalau guna Malwarebyte soft, Avira dll, pun kebanyakannya xjadi sebab pattern virus ini kebanyakan hanya dikesan di kawasan Asia, dan tidak ada dalam arkib mereka malangnya.

Software Smadav ni hanyalah untuk auto, xpayah susah2 sendiri buat. Kalau yang susah ni, kat bawah tu. Bacalah. Tapi susah2, kesannya lagi baik! ^_^!

Cara #2:
>Tekan file shorcut tu, kemudian akan diberitahu sumbernya di mana (sekian2..sekian2)
atau pun buka Winrar/Zip, seterusnya cari '.ink' atau mana-mana notepad format dalam kawasan shortcut tuh, kemudian buka. Ada beberapa maklumat yang akan anda jumpa, tentang virus dan kedudukannya. Kemudian, buka kedudukan yang diberi tadi, cari '.exe' yang bermula dengan nama pelik2 tuh dan tekan delete lah. Contoh virus yang saya pernah jumpa ialah "s a e a n e h x . e x e" & "yuemex.exe".

<<TAMMAT>>