Enhance Your Creativity

Enjoy the world with your imagination power.

Button.

Close it or open it!

Syahadah

There are no god except Allah. And Muhammad s.a.w is our prophet.

Modern Archery

~aiming for perfect~

Emerge with nature

Enjoy the God creation.

Sunday 30 June 2013

Penawar darah rendah atau Hipotensi




Banyak sudah blog-blog dan website yang menceritakan perihal hipotensi atau lebih dikenali sebagai darah rendah. Di sini saya cuba menimpulkan semua sumber yang ada dari internet supaya semuanya tersedia di sini dari awal hingga akhir. Kalau ada yang tersilap, sila maklumkan.
^_^!

  Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Tekanan darah juga merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.




Apa yang menyebabkan tekanan darah rendah berlaku?
Beberapa penyebab tekanan darah rendah meliputi :


  1. Faktor usia, aktiviti seharian, perasaan, ubahab, pendarahan infeksi dan lain-lain.
  2. Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. Juga kurang minum air.
  3. Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  4.  Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  5.  Tidak mengamalkan sarapan pagi
  6. Kurang tidur
  7. Berdiri terlalu lama

Apa gejalanya?
Gejala yang harus diperhatikan meliputi :

  • Merasa pening,atau hendak pitam terutamanya ketika posisi badan berubah .
  • Memiliki detak jantung cepat atau tidak teratur.
  • Merasa sakit perut atau muntah.
  • Merasa lebih haus daripada biasanya.
  • Memiliki pandangan kabur.
  • Merasa lemah.
  • Letih pada kebanyakan masa.
  • Menjadi lelah.
  • Setelah dingin, kulit lembab dan dingin.
  • Pernapasan sangat cepat.
  • Jantung berdebar-debar.

Cara menyembuhkan darah rendah

  • Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar dapat meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah akan meningkat dan penyakit hipotensi tidak terjadi.
  • Makan makanan yang mengandungi kadar garam yang mencukupi
  • Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 minit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala penyakit hipotensi.
  • Pada wanita dianjurkan untuk memakai stocking yang elastic.
  • Pemberian ubat-ubatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala penyakit hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktiviti keseharian.
  •  Makan makanan karbohidrat rendah seperti ikan, kerang, kacang buncis dan bayam.

>sumber.  sumber.