Tuesday 25 September 2012

PERANG SALIB (1)


PERANG SALIB

       Salahuddin Al-Ayyubi adalah pengasas Daulah al-Ayyubiyah dan merupakan seorang mujahid Islam yang paling gagah berani dalam  perang Salib dan berhasil merampas Baitul Maqdis dari tangan  kaum Norman Kristian. Dalam  menggambarkan kemenangan Shallahuddin di dalam Perang Salib seorang penulis yang bernama Lane Poole telah menghuraikan bahawa:’Bunga kesatrian telah diambil.Raja Bait Al-Maqdis, saudaranya Reginald of Chatilion, Joscelin of Courtenay, Humprey of Toron, masters of Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar telah ditawan. Para kesatria Palestin yang lain berada dalam tawanan Islam. Sesiapa yang masih hidup dari kalangan orang kebanyakan telah  menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat menarik sejumlah 30 puluh tentera kristian yang ditawan, diikat dengan tali khemah. Orang-orang  yang terkorban bertimbun-timbun seperti  batu bata di samping salib-salib patah bertaburan, kepala2 yang berkecai bersepahan atas tanah bagaikan buah tembikai yang baru diketam.
       Sesungguhnaya, peristiwa yang digambarkan oleh Lane Poole ini telah berlaku di sekitar bandar Tiberias di bwah bukit bukau Hithin pada hazri Sabyi 24 Rabiul Akhir 583 hijr. Di bawah ini dikisahkan salasilah Shalahuddin Al-Ayyubi, permulaan sebab tercetusnya Perang salib sehingga melarat selama lebih 200 tahun di dalam kancah pergolakan antara Islam dan kristian serta pelbagai sebab musabab yang bersangkutan dgn peperangan tersebut. Pada ketika itu, yakni ketika berbahangnya Perasng Salib antara orang-orang   Islam dan Kristian, kota Jerussalem merupakan sebuah kota yang dianggap suci oleh ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, yahudi dan kristian.di dalam kota inilah letaknya masjid al-aqsa yang dibangunkan oleh Nabi sulaiman a.s. Nabi isa a.s juga telah dilahirkan oleh ibunya Maryam binti Imran di Baitullaham yakni berdekatan kota Jerussalam ini.
        Mengikut cacatan sejarah, pada pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab iaitu antara tahun 13-23 hijrah hingga tahun 634-644 masihi, kota Jerussalam telah dapat dirampas oleh kaum muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri dtg ke Jerussalam untuk menerima penyerahan kota suci tersebut atas desakan dan persetujuan Uskup Aging Sophronius. Berabad-abad lamanya kota itu berada di bawah pemerintahan Islam, setiap individu atau penduduknya bebas memeluk agama masing-masing tanpa ada sebarang gangguan.
       Orang-orang  Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota suci itu serta melaksanakan apa saja upacara keagamaan mereka. Orang-orang Kristian dari Eropah dikhabarkan telah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang serta peralatan perang yang lain seolah-olah seperti sepasukan tentera di medan peperangan. Sebahagian dari mereka terlalu gembira dan bebas mempermainkan pedang sambil dikelilingi pasukan gendang dan seruling serta diiringkan pula oleh pasukan lengkap bersenjata. Tiada siapa pun yang berani menghalang malah dibenarkan oleh pemerintah ketika itu. Kendati pun begitu, sebelum Jerussalim ditadbir oleh kerajaan Bani Saljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam.Ini adalah kerana dasar toleransi dalam beragama yang diamalkan oleh Islam.
        Akan tetapi apabila Kerajaan Bani Saljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibenarkan lagi diadakan oleh orang-orang Kristian, pemerintahan Bani saljuk berpendapat ini akan menyebabkan  keselamatan orang-orang lain akan terancam jika tidak dibendung.  Alasan ini mungkin kerana upacara tesebut semakin berbahaya kerana terdapat  segelintir orang kristian tdak lagi menghormati orang-orang   sekeliling mereka ketika upacara tersebut berlangsung. Ada antara mereka yang mabuk lalu bergaduh dgan orang lain. Ada juga yang tidak dapat mengawal perasaan gembira yang berlebihan atau melampau sehingga menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan. Tambahan pula ada kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara tersebut sering menyebabkan pergaduhan  dan huru-hara sehingga menyebabkan kematian.
       Telah dicatatkan dalam sejarah bahawa pada tahun 1064 ketua uskup telah memimpin pasukan seramai 7000 jemaah haji yang  terdiri dari kumpulan boron-baron dan para pahlawan. Mereka telah  menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Peristiwa inilah yang  amat membimbangkan Kerajaan Bani Saljuk. Jadi larangan tersebut terus dikuatkuasakan demi keselamatan jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan pemerintah telah menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua agama mereka mulai berkempen untuk menentang corak pemerintahan Bani saljuk tersebut. Mereka sengaja menyemarakkan api kemarahan degan mendakwa kebebasan agama merka telah dicabuli oleh orang-orang Islam. Pelbagai propaganda,fitnah dan sebagainya disebarkan ke seluruh pelusuk tempat di mana kedapatan orang-orang kristian supaya bangun menentang agar tanah suci Jerussalem itu terlepas dari genggaman umat Islam.
         Manusia yang paling lantang menyeru kepada penentangan tersebut ialah Patriach Ermite. Beliau adalah seorang paderi yang paling kuat memekik dan bertungkus-lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian terhadap Islam. Sebenarnya Patriach Ermite adalah seorang tentera tetapi kemudiannya menjadi seorang paderi. Beliau mempunyai watak bengis, keras kepala, kepala angin dan cepat marah. Dalam usaha menarik simpati umat Kristian, Patriach telah berkeliling seluruh pelosok Eropah dengan mengenderai seekor keldai sambil memikul sebatang kayu yang besar. Selain itu beliau juga berkaki ayam dan berpakaian compang-camping. Di setiap tempat yang disinggahi beliau, Patriach akan menyampaikan pidatonya. Tak kira di mana saja di hadapan orang ramai di dalam gereja, di jalan-jaln raya, di ladang-ladang kecil atau dimana sahaja asalkan hajat beliau tercapai. Segala cerita atau pidato yang disanpaikannya adalah pembohongan semata-mata kerana tujuannya adalah untuk membangkitkan api marah dan penentangan orang-orang Kristian terhadap Islam. Segala pengalamnnya sewaktu melawat  Jerussalem akan diputar- belitkan. Antara contoh pembohongan beliau ialah, dia mendakwa melihat dengan matanya sendiri pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa a.s oleh Kerajaan Turki Bani Saljuk.
         Setelah berjaya manaikkan api amarah di dada, dia menggalakkan orang  ramai agar segera bangkit menyertai perang untuk membebaskan Kota Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Patriach ini telah berjaya dengan jayamya. Ketika ini juga Paus Urbanus || terus mengumumkan keampunan bagi sesiapa saja yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu. Lantaran ganjaran yang diumumkan oleh Paus Urbanus tersebut maka keluarlah ribuan umat Kristian menyahut panggilan perang. Mereka keluar dengan bersemangat sekali sambil membawa pelbagai senjata untuk menyertai perang suci itu. Orang-orang  Kristian yang ingin menyertai perang ini dperintahkan agar meletakkan tanda salib di badan mereka. Sebab itulah perang ini dinamakan Perang Salib dan dicatatkan dalam sejarah sebagai peperangan yang mengorbankan ramai kerana berlangsung selama lebih 200 tahun.
        Dalam mengatur strategi peperangan terhadap umat Islam, Paus Urbanus telah menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 sebagai tarikh perangkatan besar-besaran tentera salib menuju ke Timur Tengah untuk memerangi umat Islam. Kendati itu, ramai kalangan sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi untuk melancarkan peperangan tersebut kerana dijanjikan pelbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Rata-rata mereka mendesak Paderi Patriach Ermite supaya segera berangkat meminpin mereka. Lantaran desakan demi desakan kaum Kristian, Patriach segera berangkat dengan 60000 orang tentera. Gerombolan angkatan tersebut disusul oleh kaum tani dari Jerman iaitu seramai 20000 orang. Dalam beberapa hari sahaja sudah berkumpul lebih dari 200000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 300000 orang termasuk lelaki dan perempuan. Di sepanjang menuju ke Timur Tengah , mereka diizinkan merompak,memperkosa, berzina, mabuk-mabuk dan melakukan apa jua penindasan, kezaliman, pembunuhan dan sebagainya terhadap kaum Muslimin yang ditemui.
       Menurut catatan sejarah, kekejaman kaum Kristian ini terlalu sukar untuk diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan. Mereka sengaja melakukan begitu supaya digeruni oleh umat Islam. Namun begitu,tidak semua negeri yang mereka lalui memberi sambutan atau bantuan yang hangat seperti yang diharapkan. Hunggary dan Bulgaria mempunyai pendirian tersendiri. Sesamapinaya tentera Salib di Hunggary dan Bulgaria, sambutan yang diterima mereka sangat dingin lagi menghampakan. Ini menyebabkan pasukan tentera Salib yang kekurangan makanan serta minuman menjadi marah dan mulai mengganas. Secara kejam dan zalim meraka merampas harta benda dan apa sahaja milik penduduk kampung. Kendati pun mereka beragama kristian , mereka tetap juga menentang segala bentuk kezaliman terhadap mereka. Untuk mempertahankan diri sendiri,harta, keluarga dan kebebasan hidup, mereka terus bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan mengerikan antara orang Kristian di Hunggary dan Bulagaria dengan orang-orang kristian dari tentera Salib. Dari 300000 orang tentera Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan Patriach. Tatkala pasukan tentera Salib mendarat di pantai Asia kecil, pasukan tentera dari kaum Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambut mereka dengan hayunan pedang penuh bersemangat. Di sini terjadilah pertempuran sengit antara kedua belah pihak. Pertempuran ini berakhir dengan hancur binasa keseluruhan pasukan tentera Salib tersebut. Ini adalah kerana semangat perjuangan atau jihad yang ditunjukkan oleh umat Islam amat bergelojak sekali.
       Setelah tentera Salib yang yang dpimpin oleh para rahib yang tidak tahu strategi perang itu tewas di tangan tentera Islam, muncullah pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Dengan penuh dendam setelah menerima kekalahan di tangan Islam, merka berjaya berkumpul di Konstantinopel degan kekuatan 150000 orang askar. Mereka kemudiannya menyeberangi Selat Bosphorus.Kemudiannya,mereka menyerang wilayah Islam bagaikan limpahan ombak yang membalun dada pantai.Pasukan tentera dari kaum muslimin yang hanya berkekuatan 50000 orang terpaksa bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. Kerana serangan lebih tersusun serta ramai, satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Kristian Salib.Ini memaksa Sultan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain.Sementara itu, pelbagai bantuan untuk tentera Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah dan bersatu. Sedangkan Sultan sendiri tidak dapat sebarang bantuan dari wilayah-wilyah Islam yang lain. Ini adalah kerana ketika itu negara-negara Islam tersebut sedang rusuh dan kalut dengan kemelut dalaman masing-masing.
        Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya tentera salib dapat mara serta mengepung Baitul Maqdis. Walaubagaimanpun penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu sahaja. Dengan semangat sayangkan agama dan tanah air, mereka tetap berjuang sepenuh jiwa mempertahankan Baitul Maqdis selama 1 bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh juga ke tangan pasukan tentera salib.Maka tercapailah cita-cita mereka.
      Setelah ianya berjaya ditawan oleh tentera salib, orang-orang Kristian semakin menunjukkan taring kekejaman mereka. Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk Islam lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. Selain itu,mereka juga membunuh orang-orang Yahudi dan Kristian yang  enggan bergabung dengan tentera mereka. Sekiranya ada orang-orang Yahudi atau Kristian yang enggan menyertai tentera salib, mereka akan disula dihadapan khalayak ramai. Dengan cara ini, mereka dapat menambah bilangan tentera mereka.
       Seorang ahli sejarah Perancis yang bernama Michaud ada berkata ketika penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian pada tahun 1099, orang Islam dibunuh dengan kejam dam zalim. Kala ini mayat orang-orang Islam seperti sampah yang tak berguna. Mereka dilonggok, dihumban dan dibiarkan di mana sahaja. Ada yang cuba berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutamanya di atas menara masjid-masjid. Namun mereka tidak dapat menyembunyikan diri dari pedang-pedang orang Kristrian itu. Sebaik terlihat saja oleh tentera salib nyawa mereka akan segera melayang dari badan.
      Seterusnya Michaud berkata:Tentera salib yang menjadi tuan di Masjid Umar,di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infranteri dan kaveleri akan lari tunggang-langgang di antara para buruan. Di tengah huru hara yang mengerikan itu, yang terdengar hanyalah raungan, rintihan dan jeritan kematian...................Assalamualaikum...............................




Bersambung pada episod yang akan datang...................................................... ^_^!

Tammat


*Artikel ini diambil dari wertyizz.blog.friendster.com

0 comments:

Post a Comment