Enhance Your Creativity

Enjoy the world with your imagination power.

Button.

Close it or open it!

Syahadah

There are no god except Allah. And Muhammad s.a.w is our prophet.

Modern Archery

~aiming for perfect~

Emerge with nature

Enjoy the God creation.

Wednesday 10 August 2016

The Door To Frozen Heart

~The Door To Frozen Heart_by WertyIzz~

Ini hanyalah luahan hatiku di ruanganku. Endahkan lah kerana ia tidak bersangkut-paut denganmu. Luahan ini adalah sebagai memori aku. Ianya kekal tersimpan di sini sebagai sejarah hati ku.

Hati ini seperti rumah. Boleh diisi dan boleh juga dikosongkan
. Boleh menjadi hangat, boleh juga menjadi sejuk beku. Dahulu hati ini, dengan pengetahuan yang menjadikan hati ini berhati-hati, maka hati ini sudah tertutup rapat dari mana-mana unsur luar. Yang masuk hanyalah perkara biasa, bukan luar biasa seperti tetamu luar yang asing. Hati ini sejuk, keras membeku bertahun-tahun tanpa adanya kehangatan. Tiada siapa yang boleh menghangatkannya, kerana pintu hati ini sudah tertutup dari sesiapa untuk memasukinya. Tiada siapa pernah menyentuhnya. Tiada siapa pernah bermain di dalamnya. Ku tutup rapat dan ku elakkan tetamu datang mengetuk pintu hati ini.

Namun, pada satu ketika, diri ini mulai meronta-ronta bagaikan ada seseorang yang ingin datang membawa harapan dan menjadi teman. Harapan untuk menghangatkan dan mencairkan kebekuan di hati. Membawa teman untuk memenuhi kekosongan dan berkongsi suka duka. Ternyata, hadirlah seorang insan yang berani mengetuk pintu hati ini. Datangnya secara tiba2 tanpa diduga. Dia bukanlah orang biasa-biasa. Dia bagaikan puteri yang dipandang penuh kehormatan. Dia tersohor, namun memilih untuk mengetuk pintu ini. Sama ada dia sedari atau tidak, tiada siapa tahu. Tingkah lakunya aneh sekali. Kerna diri ini tidak pernah menjemputnya dan tidak pernah mengenalinya melainkan sedikit sahaja. Apa gerangan saudari datang ke rumah hamba.? Katanya tiada apa-apa. Namun ketukannya bukannya sekali, bukannya sehari bahkan berhari-hari. Pintu mana yang tidak terbuka jika diketuk berkali-kali oleh tetamu yang dimuliakan? 
Hari demi hari, pintu hati ini terbuka sedikit demi sedikit. Sehinggalah si dia berjaya membuka luas pintu hati ini dan bermain di ruangan dalamnya. Setelah sekian lama pintu ini tertutup, kini ia terbuka. Setelah sekian lama hati ini keras membeku, kali ini ianya sudah mencair dan mulai menjadi hangat. Kehangatannya itu memberi peluang untuk kebun bunga hidup mekar bersama cairnya kebekuan tadi. Tersentak tetiba. Hati ini bukannya berada di langit.

 Hati ini berada di puncak yang asasnya masih tidak kukuh. Ku tahu bahawa kedudukan seperti ini bukannya berkekalan. Maka langkah demi langkah disusun. Setiap perancangan mula disusun rapi. Pencarian dan penentuan juga dimulakan. Daku mulai serius. Tidak akanku tinggalkan tetamu ini. Aku akan berusaha untuk mengekalkan dia di sini. Selama-lamanya InsyaAllah. Perjalanan terus berjalan. Si dia pula masih lagi berada di ruangan hati ini bermain-main kata. Meluahkan bait-bait yang bermaksud. Ku fikir ku kini tidak lagi bermain keseorangan. Tepuk tanganku berbunyi. Hati melonjak kegembiraan. Namun, langit tak selalunya cerah. Batu di atas bukit tidak akan selamanya berada di atas. Datangnya hari itu, hari yang telah ditakdirkan. Tetamu itu secara tiba-tiba memohon untuk pergi. Huh? Tak terkata hati ini. Dikuatkan rasa hati ini, lantas berkata; pergi lah.. hadirmu tidak pernah dijemput. Kerna engkau lah yang mengetuk pintu hati ini. Kalau engkau tak pernah mengetuk, pasti pintu hati ini tidak akan terbuka untuk mu. Ku relakan pemergianmu. 

Tapi.. pintu ini.. Pintu ini masih dalam terbuka. Lupakah engkau, betapa susahnya daku untuk membuka pintu ini? Apatah lagi sekarang, ingin ditutupinya sekali lagi. Sedangkan hati ini sudah banyak terisi dengan kata-kata mu, hati ini sudah tidak lagi membeku. Hati ini sudah menjadi lembut. Lembutnya itu menjadikannya mudah terluka tak seperti dahulu. Sedar tak sedar, di kala engkau pergi secara tiba2 itu, hati ini tercarik. Meninggalkan kesan terhadap jiwa. Dada dan fikiran masih kukuh, namun air mata tetap mengalir!! 😢

Aduhh..tak pernah ku rasa seperti ini. Aneh sekali rasanya. Aku fikir ini bukannya kerana 'engkau hadir, engkau bermain dan engkau pergi'. Tapi kerana apa entah ku tak tahu. Apapun, ku tahu yang ak sangat lah sedih adalah kerana sedikitnya kejujuran darimu, bermula dari ketukan pertamamu. 
Apa jua ceritanya, tidak elok untuk dipanjangkan lagi. Telah daku memaafkanmu. Kini aku hanya ingin menyimpannya dalam coretan ini. Bukan di hatiku lagi. Aku juga terfikir, apakah elok jika hati ini kembali seperti dahulu? Pintunya tertutup rapat dan hati ini sejuk membeku
Entah lah. 
Saya fikir, cukup sekadar di sini sahaja lah luahan hati saya.
Moga kita semua dikurniakan hidayahNya. Semoga kita semua sentiasa berada di landasan yang benar. InsyaAllah.
Ku akhiri dengan kata keramat; 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
😊
[10 Ogos 2016, 12:41]
~Sejarah Kita 05-08, '16~