PERANG SALIB
Salahuddin Al-Ayyubi adalah pengasas Daulah al-Ayyubiyah dan merupakan
seorang mujahid Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merampas Baitul
Maqdis dari tangan kaum Norman Kristian.
Dalam menggambarkan kemenangan Shallahuddin
di dalam Perang Salib seorang penulis yang bernama Lane Poole telah
menghuraikan bahawa:’Bunga kesatrian telah diambil.Raja Bait Al-Maqdis, saudaranya
Reginald of Chatilion, Joscelin of Courtenay, Humprey of Toron, masters of
Temple and Hospital dan ramai lagi pembesar telah ditawan. Para
kesatria Palestin yang lain berada dalam tawanan Islam. Sesiapa yang masih
hidup dari kalangan orang kebanyakan telah menjadi tawanan. Seorang tentera Arab dilihat
menarik sejumlah 30 puluh tentera kristian yang ditawan, diikat dengan tali
khemah. Orang-orang yang terkorban
bertimbun-timbun seperti batu bata di
samping salib-salib patah bertaburan, kepala2 yang berkecai bersepahan atas
tanah bagaikan buah tembikai yang baru diketam.
Sesungguhnaya, peristiwa yang digambarkan oleh
Lane Poole ini telah berlaku di sekitar bandar Tiberias di bwah bukit bukau
Hithin pada hazri Sabyi 24 Rabiul Akhir 583 hijr. Di bawah ini dikisahkan
salasilah Shalahuddin Al-Ayyubi, permulaan sebab tercetusnya Perang salib
sehingga melarat selama lebih 200 tahun di dalam kancah pergolakan antara Islam
dan kristian serta pelbagai sebab musabab yang bersangkutan dgn peperangan
tersebut. Pada ketika itu, yakni ketika berbahangnya Perasng Salib antara orang-orang
Islam dan Kristian, kota
Jerussalem merupakan sebuah kota yang dianggap suci
oleh ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, yahudi dan kristian.di dalam kota inilah letaknya masjid al-aqsa yang dibangunkan oleh
Nabi sulaiman a.s. Nabi isa a.s juga telah dilahirkan oleh ibunya Maryam binti
Imran di Baitullaham yakni berdekatan kota Jerussalam ini.
Mengikut cacatan sejarah, pada pemerintahan
Khalifah Umar bin Khattab iaitu antara tahun 13-23 hijrah hingga tahun 634-644
masihi, kota Jerussalam
telah dapat dirampas oleh kaum muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara
damai. Khalifah Umar sendiri dtg ke Jerussalam untuk menerima penyerahan kota suci tersebut atas
desakan dan persetujuan Uskup Aging Sophronius. Berabad-abad lamanya kota itu berada di bawah
pemerintahan Islam, setiap individu atau penduduknya bebas memeluk agama
masing-masing tanpa ada sebarang gangguan.
Orang-orang
Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota suci itu serta
melaksanakan apa saja upacara keagamaan mereka. Orang-orang Kristian dari Eropah
dikhabarkan telah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan
membawa obor dan pedang serta peralatan perang yang lain seolah-olah seperti
sepasukan tentera di medan
peperangan. Sebahagian dari mereka terlalu gembira dan bebas mempermainkan
pedang sambil dikelilingi pasukan gendang dan seruling serta diiringkan pula
oleh pasukan lengkap bersenjata. Tiada siapa pun yang berani menghalang malah
dibenarkan oleh pemerintah ketika itu. Kendati pun begitu, sebelum Jerussalim
ditadbir oleh kerajaan Bani Saljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu
dibiarkan saja oleh umat Islam.Ini adalah kerana dasar toleransi dalam beragama
yang diamalkan oleh Islam.
Akan tetapi apabila Kerajaan Bani Saljuk
memerintah, upacara seperti itu tidak dibenarkan lagi diadakan oleh orang-orang
Kristian, pemerintahan Bani saljuk berpendapat ini akan menyebabkan keselamatan orang-orang lain akan terancam
jika tidak dibendung. Alasan ini mungkin
kerana upacara tesebut semakin berbahaya kerana terdapat segelintir orang kristian tdak lagi
menghormati orang-orang sekeliling mereka ketika upacara tersebut
berlangsung. Ada antara mereka yang mabuk lalu bergaduh dgan orang lain. Ada juga yang
tidak dapat mengawal perasaan gembira yang berlebihan atau melampau sehingga
menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan. Tambahan pula ada kumpulan-kumpulan yang
mengambil bahagian dalam upacara tersebut sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara sehingga menyebabkan kematian.
Telah dicatatkan dalam sejarah bahawa pada
tahun 1064 ketua uskup telah memimpin pasukan seramai 7000 jemaah haji yang terdiri dari kumpulan boron-baron dan para
pahlawan. Mereka telah menyerang
orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Peristiwa inilah yang amat membimbangkan Kerajaan Bani Saljuk. Jadi
larangan tersebut terus dikuatkuasakan demi keselamatan jemaah haji Kristian
itu sendiri. Malangnya, tindakan pemerintah telah menjadi salah anggapan oleh
orang-orang Eropah. Ketua agama mereka mulai berkempen untuk menentang corak pemerintahan Bani
saljuk tersebut. Mereka sengaja menyemarakkan api kemarahan degan mendakwa
kebebasan agama merka telah dicabuli oleh orang-orang Islam. Pelbagai
propaganda,fitnah dan sebagainya disebarkan ke seluruh pelusuk tempat di mana
kedapatan orang-orang kristian supaya bangun menentang agar tanah suci Jerussalem
itu terlepas dari genggaman umat Islam.
Manusia yang paling lantang menyeru kepada
penentangan tersebut ialah Patriach Ermite. Beliau adalah seorang paderi yang
paling kuat memekik dan bertungkus-lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian
terhadap Islam. Sebenarnya Patriach Ermite adalah seorang tentera tetapi
kemudiannya menjadi seorang paderi. Beliau mempunyai watak bengis, keras
kepala, kepala angin dan cepat marah. Dalam usaha menarik simpati umat Kristian,
Patriach telah berkeliling seluruh pelosok Eropah dengan mengenderai seekor
keldai sambil memikul sebatang kayu yang besar. Selain itu beliau juga berkaki ayam dan berpakaian
compang-camping. Di setiap tempat yang disinggahi beliau, Patriach akan menyampaikan
pidatonya. Tak
kira di mana saja di hadapan orang ramai di dalam gereja, di jalan-jaln raya,
di ladang-ladang kecil atau dimana sahaja asalkan hajat beliau tercapai. Segala
cerita atau pidato yang disanpaikannya adalah pembohongan semata-mata kerana
tujuannya adalah untuk membangkitkan api marah dan penentangan orang-orang Kristian
terhadap Islam. Segala pengalamnnya sewaktu melawat Jerussalem akan diputar- belitkan. Antara
contoh pembohongan beliau ialah, dia mendakwa melihat dengan matanya sendiri
pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa a.s oleh Kerajaan Turki Bani Saljuk.
Setelah berjaya manaikkan api amarah di
dada, dia menggalakkan orang ramai agar
segera bangkit menyertai perang untuk membebaskan Kota Jerussalem dari tangan
orang Islam. Hasutan Patriach ini telah berjaya dengan jayamya. Ketika ini juga
Paus Urbanus || terus mengumumkan keampunan bagi sesiapa saja yang bersedia
dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu. Lantaran ganjaran yang diumumkan
oleh Paus Urbanus tersebut maka keluarlah ribuan umat Kristian menyahut
panggilan perang. Mereka keluar dengan bersemangat sekali sambil membawa
pelbagai senjata untuk menyertai perang suci itu. Orang-orang Kristian yang ingin menyertai perang ini
dperintahkan agar meletakkan tanda salib di badan mereka. Sebab itulah perang
ini dinamakan Perang Salib dan dicatatkan dalam sejarah sebagai peperangan yang
mengorbankan ramai kerana berlangsung selama lebih 200 tahun.
Dalam mengatur strategi peperangan
terhadap umat Islam, Paus Urbanus telah menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 sebagai
tarikh perangkatan besar-besaran tentera salib menuju ke Timur Tengah untuk
memerangi umat Islam. Kendati itu, ramai kalangan sudah tidak sabar menunggu lebih
lama lagi untuk melancarkan peperangan tersebut kerana dijanjikan pelbagai
kebebasan, kemewahan dan habuan. Rata-rata mereka mendesak Paderi Patriach
Ermite supaya segera berangkat meminpin mereka. Lantaran desakan demi desakan
kaum Kristian, Patriach segera berangkat dengan 60000 orang tentera. Gerombolan
angkatan tersebut disusul oleh kaum tani dari Jerman iaitu seramai 20000 orang.
Dalam beberapa hari sahaja sudah berkumpul lebih dari 200000 orang menjadikan
jumlah keseluruhannya mencecah 300000 orang termasuk lelaki dan perempuan. Di
sepanjang menuju ke Timur Tengah , mereka diizinkan merompak,memperkosa,
berzina, mabuk-mabuk dan melakukan apa jua penindasan, kezaliman, pembunuhan
dan sebagainya terhadap kaum Muslimin yang ditemui.
Menurut catatan sejarah, kekejaman kaum
Kristian ini terlalu sukar untuk diterjemahkan ke dalam bentuk perkataan.
Mereka sengaja melakukan begitu supaya digeruni oleh umat Islam. Namun
begitu,tidak semua negeri yang mereka lalui memberi sambutan atau bantuan yang
hangat seperti yang diharapkan. Hunggary dan Bulgaria mempunyai pendirian
tersendiri. Sesamapinaya tentera Salib di Hunggary dan Bulgaria, sambutan yang
diterima mereka sangat dingin lagi menghampakan. Ini menyebabkan pasukan
tentera Salib yang kekurangan makanan serta minuman menjadi marah dan mulai
mengganas. Secara kejam dan zalim meraka merampas harta benda dan apa sahaja
milik penduduk kampung. Kendati pun mereka beragama kristian , mereka tetap
juga menentang segala bentuk kezaliman terhadap mereka. Untuk mempertahankan
diri sendiri,harta, keluarga dan kebebasan hidup, mereka terus bertindak balas.
Terjadilah pertempuran sengit dan mengerikan antara orang Kristian di Hunggary
dan Bulagaria dengan orang-orang kristian dari tentera Salib. Dari 300000 orang
tentera Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia
di bawah pimpinan Patriach. Tatkala pasukan tentera Salib mendarat di pantai
Asia kecil, pasukan tentera dari kaum Muslimin yang dipimpin oleh Sultan Kalij
Arselan telah menyambut mereka dengan hayunan pedang penuh bersemangat. Di sini
terjadilah pertempuran sengit antara kedua belah pihak. Pertempuran ini
berakhir dengan hancur binasa keseluruhan pasukan tentera Salib tersebut. Ini
adalah kerana semangat perjuangan atau jihad yang ditunjukkan oleh umat Islam
amat bergelojak sekali.
Setelah tentera Salib yang yang dpimpin
oleh para rahib yang tidak tahu strategi perang itu tewas di tangan tentera
Islam, muncullah pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey
dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse.
Dengan penuh dendam setelah menerima kekalahan di tangan Islam, merka berjaya
berkumpul di Konstantinopel degan kekuatan 150000 orang askar. Mereka
kemudiannya menyeberangi Selat Bosphorus.Kemudiannya,mereka menyerang wilayah
Islam bagaikan limpahan ombak yang membalun dada pantai.Pasukan tentera dari
kaum muslimin yang hanya berkekuatan 50000 orang terpaksa bertahan mati-matian
di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan. Kerana serangan lebih tersusun serta
ramai, satu persatu kota dan benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum
Kristian Salib.Ini memaksa Sultan berundur dari satu benteng ke benteng yang
lain.Sementara itu, pelbagai bantuan untuk tentera Salib datang mencurah-curah dari
negara-negara Eropah dan bersatu. Sedangkan Sultan sendiri tidak dapat sebarang
bantuan dari wilayah-wilyah Islam yang lain. Ini adalah kerana ketika itu
negara-negara Islam tersebut sedang rusuh dan kalut dengan kemelut dalaman
masing-masing.
Setelah berlaku pertempuran sekian lama,
akhirnya tentera salib dapat mara serta mengepung Baitul Maqdis.
Walaubagaimanpun penduduk kota suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu
sahaja. Dengan semangat sayangkan agama dan tanah air, mereka tetap berjuang sepenuh
jiwa mempertahankan Baitul Maqdis selama 1 bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099,
Baitul Maqdis jatuh juga ke tangan pasukan tentera salib.Maka tercapailah
cita-cita mereka.
Setelah ianya berjaya ditawan oleh tentera salib, orang-orang Kristian
semakin menunjukkan taring kekejaman mereka. Berlakulah keganasan luar biasa
yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu
telah menyembelih penduduk Islam lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa belas
kasihan. Selain itu,mereka juga membunuh orang-orang Yahudi dan Kristian yang enggan bergabung dengan tentera mereka.
Sekiranya ada orang-orang Yahudi atau Kristian yang enggan menyertai tentera
salib, mereka akan disula dihadapan khalayak ramai. Dengan cara ini, mereka
dapat menambah bilangan tentera mereka.
Seorang ahli sejarah Perancis yang bernama Michaud ada berkata ketika
penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian pada tahun 1099, orang Islam dibunuh
dengan kejam dam zalim. Kala ini mayat orang-orang Islam seperti sampah yang
tak berguna. Mereka dilonggok, dihumban dan dibiarkan di mana sahaja. Ada yang
cuba berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan
terutamanya di atas menara masjid-masjid. Namun mereka tidak dapat
menyembunyikan diri dari pedang-pedang orang Kristrian itu. Sebaik terlihat
saja oleh tentera salib nyawa mereka akan segera melayang dari badan.
Seterusnya Michaud berkata:Tentera salib yang menjadi tuan di Masjid
Umar,di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama
menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus.
Tentera infranteri dan kaveleri akan lari tunggang-langgang di antara para
buruan. Di tengah huru hara yang mengerikan itu, yang terdengar hanyalah
raungan, rintihan dan jeritan kematian...................Assalamualaikum...............................
Bersambung pada episod yang akan
datang...................................................... ^_^!
Tammat
*Artikel ini diambil dari wertyizz.blog.friends ter.com